Tentang Penulis
Saya merupakan seorang yang bercakap perkara yang merapu rapu di blog dan segala penulisan saya hendaklah difahamkan dahulu sebelum anda menerima dan menelannya bulat bulat.
Mengenai kerjaya saya, saya merupakan seorang penanam anggur sambilan yang berjaya dan hanya tinggal dirumah dan tidak pernah merasa hatta sehari pun bekerja di dalam pejabat aircond dan memakai baju kemeja serta berseluar slack. Saya menganggap kebanyakan orang yang berpakaian begitu kerana terpaksa mengikut protokol “proper attire” dari dunia barat dan mereka kalau boleh tidak ingin pun berpakaian sedemikian kerana kos untuk membelinya sahaja sudah cukup mahal kecualilah kalau setakat beli di kedai bundle.
Saya tinggal disebuah tempat di mana kadar penggunaan komputer adalah amat rendah sekali sehinggakan jikalau penduduk kampung melihat komputer saya seperti mereka melihat sebuah ufo. Nasib baik mereka ni muslim kalau tidak sudah tentu mereka akan menyembah komputer saya dan menyajikan ayam serta pulut kuning didepan komputer saya.
Akhir kata, selamat berkunjung ke blog saya dan nikmatilah keindahan alam semulajadi di hutan simpan pahang dan juga pandai yang indah di Pulau Tioman.

