Advertlets - Masih Relevenkah?

Setelah banyak berita yang tidak menyenangkan bertebaran di alam blogosphere mengenai permasalahan pembayaran komisyen kepada publishers, Advertlets sekali lagi mengundang kemarahan para bloggers tanah air dan juga singapura apabila dengan tidak sengaja, lambat atau terlupa memperbaharui nama domain “advertlets.com” menyebabkan laman tersebut tidak dapat di akses dan seterusnya di forwardkan ke laman “parking web”.

Lebih buruk lagi, setiap bloggers yang menampalkan banner iklan advertlets di blog masing masing tidak dapat mengakses blog mereka sendiri akibat dari proses “javascript redirect” yang terhasil dari kod banner iklan tersebut. Bloggers ini juga kehilangan trafik(visitor) yang berharga buat mereka akibat dari kecuaian Advertlets.

Amat menghairankan apabila sebuah syarikat yang kononnya serius menjalankan perniagaan melalui internet “terlupa” memperbaharui nama domain yang harganya sekitar RM 30+ sahaja. Malahan secara kebiasaannya beberapa email reminder akan dihantar kepada pemilik domain sekiranya domain mereka hampir mencapai tarikh luput. Adakah Advertlets tidak memeriksa kandungan email? Seriuskah mereka menjalankan perniagaan?

Lihatlah komen para bloggers mengenai masalah advertlets di sini

Mereka bersukaria dan berparti di sana sini sewaktu para bloggers gelisah menantikan komisyen mereka, terdapat juga blogger yang diugut untuk di ambil tindakan undang undang oleh CEO Advertlets sendiri iaitu Josh Lim. Perkara begini telah menyebabkan reputasi Advertlets menurun di kalangan Bloggers yang terkenal dan juga bloggers lain yang membuat penilaian melalui maklumat yang tersebar.

Adakah tahun 2008 akan menjadi tahun yang suram buat Advertlets? Adakah para bloggers akan memberikan kepercayaan kembali kepada Advertlets? tunggu dan lihat.

Selain dari itu saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada syarikat baru dalam industri pengiklanan online malaysia iaitu;

nufflets

grabmyads

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)