Archive for January, 2008
Jerawat
Biasanya selepas bangun tido aku akan tenyeh mata lap muka aku pakai tapak tangan.
Pagi ni masa aku lap muka, tetiba je rasa nak menjerit.
Cilakak ada jerawat batu tumbuh kat pipi. 5cm bawah mata kanan.
Dah la sakit, bengkak pulak tu.
Benci betul aku jerawat ni, kalau jururawat cun aku suka. hehe
Khasiat Tauge
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum [...]
Keluhan Suami Isteri : Kerja dan Kain
Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..
Tips: Elakkan Kecurian Selipar Sewaktu Solat Jumaat
Kepada para pelawat dan juga rakan rakan sekalian kecuali encik raj, pernahkah anda kehilangan selipar jepun anda sewaktu selesai bersembahyang jumaat? Sakit hati bukan? Selipar jepun yang harga 2-3 ringgit pun ada jugak orang nak kebas. Sudahnya kita terpaksa menunggu jemaah yang lain pulang dulu dan melihat jika ada selipar lain yang tinggal yang tiada [...]
